Setelah sekian lama kita berada di bumi bertuah SAMURA, pastinya cabaran 2013 semakin kuat untuk kita hadapi khususnya dalam dunia pendidikan yang sentiasa menuntut perubahan demi kegemilangan.
Usah lemas, lesu dan semakin tidak bermaya sebaliknya kuatkan tekad dan semangat jitu dalam usaha membangun, melestari dan melonjakkan SBT dan sentiasa merebut Tawaran Baru yang terkandung di dalam NKRA Pendidikan Negara.
Dalam usaha ini peranan PIBG dan Alumni SAMURA memang tidak dapat dinafikan lagi. Terima kasih atas sokongan anda kepada pihak sekolah selama ini dan semoga sokongan ini akan berterusan, kini dan selamanya. Insya-Allah.
Dalam era perkembangan pendidikan negara masa kini, penumpuan kepada pencapaian akademik masih kekal menjadi fokus utama.
Fokus ini perlu diimbangi dengan pencapaian gemilang kelab persatuan, badan beruniform, sukan permainan, jalinan dan jaringan sekolah di dalam dan di luar negara.
Semua pencapaian kejayaan ini boleh diukur dengan penetapan KPI sekolah yang dibuat secara kolektif berdasarkan kepada kekuatan yang kita miliki.
Pada kesempatan ini, saya mengajak semua warga kerja keluarga SAMURA berganding bahu, sederap selangkah untuk terus meningkatkan pencapaian SAMURA di pentas dunia agar seiring dengan slogan semangat kita “SAMURA NAMAMU SENTIASA TERJULANG” dan tema pengurusan kita “GOOD TO GREAT”.
Akhir kata, layarilah tahun 2013 ini dalam bahtera tekad yang tinggi, usaha yang menggunung, azam yang melangit, semoga kita sama-sama berjaya mengangkasakan kejayaan SAMURA ke seantero dunia.